Aktiviti & Komuniti

Selamat Menyambut Thaipusam Kepada Warga Hindu

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua masyarakat yang menganut agama Hindu dan berharap dengan mereka akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional yang amat terbuka dan bersikap toleransi.

Katanya, sambutan Thaipusam telah dimasukkan dalam kalendar pelancongan Malaysia dengan turut menggamit pelancong asing yang tidak mahu melepas peluang melihat keunikan perayaan yang mungkin tidak pernah dirai di negara mereka.

Semangat kebersamaan dan persefahaman dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia telah membolehkan setiap bangsa mengamalkan budaya dan ritual keagamaan dengan harmonis tanpa sebarang prasangka.