Ucapan

Sematkan Semangat Muhibah Sempena Sambutan Hari Wilayah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Menjelangnya sambutan Hari Wilayah Persekutuan, marilah kita menelusuri rasa bangga terhadap keunikan Wilayah Persekutuan yang menjadi gerbang utama negara kita. Setiap komponen Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah bandar moden yang menjadi lambing pembangunan kepada bandar-bandar lain.

Lantaran itu, marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat dan kesejahteraan yang dikecapi dengan menghargai usaha kerajaan Barisan Nasional sebagai pemangkin utama kepada kelestarian Wilayah Persekutuan. Sokongan rakyat perlu diteruskan kepada kerajaan agar kesinambungan kemajuan dapat dilaksanakan dengan berkesan sebagaimana perancangan yang telahpun digariskan.

Bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan ini marilah kita semua menanam tekad untuk sentiasa memelihara kesejahteraan dengan menghadapi masalah atau isu yang timbul secara kolektif tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak. Selaras dengan tema ‘Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan’ maka hargailah apa yang kita ada hari ini agar generasi akan datang juga dapat manfaat atas apa yang kita bina dan pelihara.

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2013

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
AHLI PARLIMEN/KETUA UMNO BAHAGIAN PUTRAJAYA