Aktiviti & Komuniti

Hari Wilayah Disambut Dengan Penuh Kesyukuran

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah diraikan dengan penuh keinsafan melalui majlis bacaan Yassin dan doa kesyukuran atas kesejahteraan, kemakmuran dan kelestarian negara yang mana Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi bandar termoden dan contoh kepada bandar-bandar lain.

Majlis yang berlangsung di Masjid Putra pada 31 Januari lalu telah dihadiri oleh para penduduk tempatan yang amat menghargai keamanan negara sehinggakan rakyat dapat hidup dengan rukun dan menjalankan pelbagai aktiviti seharian dengan selamat dan tanpa rasa curiga.

Semoga kesejahteraan tersebut akan berkekalan dan Parlimen Putrajaya terus melakar kejayaan selaras sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.