Rencana

Majlis Perkahwinan Ammar Hafiz & Nur Ain

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan kedua-dua belah keluarga iaitu En. Mohd Fathil dan Puan Hariyati dengan En. Mohd Nor dan Puan Jamilah.

Pasangan pengantin terbabit iaitu Ammar Hafiz dan Nur Ain diraikan di Dewan Kejiranan Presint 16. Semoga dengan termetrainya ikatan perkahwinan, pasangan terbabit akan beroleh keberkatan dan berbahagian hingga ke akhir hayat.