Berita

Rakyat Putrajaya Diseru Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah

PUTRAJAYA – Warga tempatan diseru untuk mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan dan menghargai Hari Wilayah Persekutuan yang disambut 1 Februari dan sepanjang bulan tersebut pelbagai acara akan diadakan bagi memeriahkan sambutannya.

Majlis sambutan Kempen Kibar Bendera dan Pelancaran Hari Wilayah Persekutuan Peringkat Putrajaya 2013 telah dirasmikan oleh Presiden Perdanan Putrajaya, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat bertempat di Laman 1Malaysia, Putrajaya pada 5 Februari 2012.

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan.