RencanaUcapan

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013

Kepada semua masyarakat Tionghua di Malaysia khususnya warga Parlimen Putrajaya, saya dan ahli jawatankuasa tertinggi UMNO serta Parlimen di sini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga perayaan ini akan meningkatkan semangat muhibah, harmoni dan disambut dengan inspirasi 1Malaysia, kesatuan dalam kepelbagaian.

Bagi para penduduk Putrajaya yang akan menikmati percutian ini dengan meninggalkan rumah, maka saya berpesan agar memastikan keselamatan rumah dengan memaklumkan kepada jiran tetangga atau pihak berkuasa serta memulakan pemanduan dengan berhati-hati.

Selamat Tahun Baru Cina & Selamat Bercuti

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Ahli Parlimen Putrajaya / Ketua UMNO Bahagian Putrajaya