Kerajaan BN Tunai Janji, Laksana Pemberian BR1M 2.0
PUTRAJAYA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengotakan apa yang dikata, menepati apa yang dijanji sebagaimana pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua kepada setiap isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah sebagaimana diumumkan dalam Bajet tahun lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Untuk peringkat Parlimen Putrajaya, penyampaiannya telah disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor kepada warga tempatan yang layak menerimanya iaitu seramai 3,500 penduduk dengan majlis tersebut dilaksanakan pada 9 Feb 2013.
Harapan kerajaan, semoga dengan adanya bantuan sedemikian maka beban masyarakat dalam mengahadapi kehidupan seharian dapat diringankan dan sentiasa memberikan sokongan kepada Barisan Nasional untuk kesinambungan dan kesejahteraan berkekalan kerajaan yang bertanggungjawab.