Aktiviti & Komuniti

Cintai Rasulullah, Sambutan Maulidur Rasul Terus Bersemarak

PUTRAJAYA – Sambutan Maulidur Rasul terus disemarakkan dengan acara perarakan melibatkan para penduduk di Fasa 3 dan 4 Presint 9 yang turut disertai Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor di perkarangan surau Al Falah.

Selaras dengan tema ‘Wassatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah’ sambutan ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat keseluruhannya.

Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya yang dianjurkan bersama Surau Al Falah, Surau Al-Musthofa, KRT Putra Court 4, MPKB SUB Zon E dan UMNO Cawangan Bunga Kiambang, Kekwa dan Kaktus.