Berita

Manfaatkan PIBG Untuk Masa Hadapan Generasi Muda

PUTRAJAYA – Anggota masyarakat khususnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah perlu memanfaatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai medan perbincangan dalam mencambahkan idea bagi manfaat anak-anak yang tentunya generasi kepimpinan masa hadapan, kata Ahli Parlimen tempatan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat PIBG di Dewan Ibnu Sina Di Sek. Men. Keb. Presint 9 (1) hari ini, Sabtu (2 Mac 2013) mahukan ibu bapa dan guru sentiasa bergandingan untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar.