Aktiviti & Komuniti

Ahli Parlimen Luang Masa Kunjungi Karnival Wow! Putrajaya

20130302_113435PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor tidak ketinggalan dalam acara tahunan kalendar Putrajaya iaitu Karnival Wow! yang bertemakan “Putrajaya Undiscovered Jewel” bermula pada 28 Feb sehingga 3 Mac 2013. 

Perbadanan Putrajaya menyasarkan seramai 150 ribu orang pengunjung dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan kebudayaan dan kesenian antarabangsa, Tribute to GAZA, pertunjukkan bunga api, ‘helicopter ride’, konsert serta pameran pelancongan cuti-cuti Malaysia dan pelbagai lagi aktiviti.