Berita

Rakyat Doakan Kedaulatan Negara, Keselamatan Perwira & Kesejahteraan Semua

PUTRAJAYA – Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan lapan anggota polis dan kedaulatan negara tercemar menjadi perhatian masyarakat termasuklah para penduduk tempatan di sisni yang telah mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon agar kesejahteraan negara dan tiada lagi perajurit yang terkorban.

Solat sunat hajat dan doa selamat ini telah diadakan pada 5 Mac 2013 (Selasa), di surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya.

Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar negara kita terus dilimpahi kesejahteraan dan dihindarkan sebarang malapetaka dan semoga roh anggota keselamatan yang telah terkorban ditempatkan dikalangan mereka yang beriman – Al-Fatihah.