Rencana

Raikan Majlis Perkahwinan

20130303_120130

PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian tempatan telah meluangkan masa memeriahkan majlis perkahwinan yang berlangsung melibatkan para pengundi dan ahli keluarga warga Putrajaya.

Beliau telah ditemani oleh isterinya, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki berkunjung ke Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya pada  3 Mac 2013 (Ahad) meraikan majlis perkahwianan Riesya dan Izwan iaitu anak kepada En. Zakaria yang merupakan anggota UMNO Cawangan Bunga Matahari.

Pada hari yang sama beliau turut berkunjung ke majlis perkahwinan Fauzi dan Azralina yang berlangsung di Dewan Presint 16, di sini.

Semoga dengan ikatan perkahwinan yang terjalin ini, Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan rahmat di dunia dan akhirat.

 

20130303_123640