Berita

Jentera Parti Pertingkat Gerak Kerja Menjelang Pilihan Raya

PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian tempatan sentiasa memastikan gerak kerja dan pelaksanaan anggota jentera parti berjalan lancar sebagaimana yang dirancang bagi memastikan Putrajaya tetap menjadi tonggak kebanggaan Barisan Nasional.

Beliau telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO Bahagian yang melibatkan Ketua- Ketua Cawangan bersama AJK Wanita Bahagian dan Ketua Wanita Cawangan UMNO Putrajaya pada 10 Mac 2013.

Dalam mesyuarat tersebut beliau berpesan kepada pemimpin tempatan agar tidak leka dan meningkatkan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan.