Aktiviti & Komuniti

Rakyat Berterima Kasih Pada BN, Prihatin Kebajikan Untuk Jana Pendapatan

PUTRAJAYA – Rakyat sewajarnya menghargai usaha kerajaan dengan berterima kasih dan sentiasa bersyukur atas keprihatinan yang diberikan sebagaimana program KARISMA 1Azam yang menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Isteri kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki telah mewakili Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bagi menyampaikan sumbangan KARISMA 1Azam di Dewan Bilik Komuniti Fasa 4A, Presint 8, hari ini (12 Mac 2013).

Dalam ucapannya, beliau meminta agar para penerima menggunakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagai permulaan untuk menjana ekonomi keluarga.

“Sumbangan yang kecil ini jika dijana dengan betul akan dapat member manfaat dan menambah pendapatan untuk masa-masa seterusnya,” katanya.
Seramai 29 orang peniaga kecil telah menerima bantuan terbabit.