Berita

Jentera BN Perlu Perkukuh Tekad Pertahan Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa masyarakat khususnya anggota jentera parti untuk terus memperteguh tekad bagi memastikan Putrajaya terus dipimpin Barisan Nasional dan menjadikan pelbagai insiden yang berlaku sebagai pembakar semangat.

Katanya, ketika hari ini para perajurit berjuang di Lahad Datu bagi mempertahankan kedaulatan negara, ada pula puak-puak pembangkang yang menuduhnya sebagai sandiwara parti dan ini adalah sesuatu yang amant memalukan kerana terbukti mereka telah luntur semangat nasionalisme.

“Kita mesti mempertahankan kerajaan yang ada hari ini kerana masa depan agama, bangsa dan negara kita terletak pada amanah parti dan sekiranya pakatan pembangkang yang menjadi kerajaan bayangkanlah apa yang akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perjuampaan bersama anggota jentera Barisan Nasional Putrajaya yang diadakan di rumah beliau pada 12 Mac 2013 (Selasa).

“Pilihan raya ini semakin hampir dan kita perlu perkuatkan semangat, eratkan perpaduan yang ada, perkukuh jati diri agar pada hari perjuangan nanti kita akan dapat menunaikan tanggungjawab kita dan membantu kemenangan Barisan Nasional,” katanya lagi.