Aktiviti & Komuniti

Persiapkan Diri, Mantapkan Sokongan Terhadap BN

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan anggota parti khususnya jentera Barisan Nasional (BN) agar sentiasa bersiap sedia menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 dan memastikan sokongan masyarakat terhadap parti terus mantap dan kukuh.

Beliau berkata demikian dalam majlis taklimat dan perjumpaan bersama dengan Pusat Daerah Mengundi Metropolitan pada 14 Mac 2013, bertempat di Dewan Komuniti Putra Harmonis Presint 9.