Berita

Guru dan Ibu Bapa Perlu Seiring Semai Generasi Masa Hadapan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru anggota masyarakat khususnya guru-guru dan ibu bapa yang perlu sentiasa seiring bersama-sama pelajar bagi memastikan masa hadapan generasi seterusnya terjamin dan melakar kejayaan.

“Ibu bapa dan guru mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam melestarikan kemajuan anak-anak yang tentunya merekalah pemimpin di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Akujanji Murid dan Mesyuarat PIBG di Dewan Tun Razak SMK Presint 9(2) pada 16 Mac 2013 (Sabtu).

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan amat menghargai sokongan ibu bapa dalam penglibatan terhadap PIBG sekolah dan berharap sokongan ini akan berterusan demi kecemerlangan anak-anak mereka.