Berita

Majlis Ramah Mesra Eratkan Hubungan Pemimpin dan Rakyat

PUTRAJAYA – Dalam usaha mengeratkan hubungan dalam masyarakat dan menyelami permasalahan rakyat, Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menganjurkan majlis ramah mesra bersama penduduk Fasa 1 dan Jalan P9G pada 27 Mac 2013 (Rabu).

“Majlis ini juga diadakan supaya perbincangan dapat dilaksanakan selain meningkatkan usaha dan kefahaman terhadap kegiatan dan kehidupan seharian masyarakat umum.”
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah hari lahir untuk Cawangan Bunga Matahari dan Bunga Daisy.

“Saya berharap dengan wujudnya hubungan erat ini, kerjasama dalam aktiviti yang boleh memberi faedah kepada masyarakat dapat diperhebatkan,” katanya.
Turut serta isteri beliau, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki turut beramah mesra dengan kaum ibu.