Aktiviti & Komuniti

Perteguh Kekuatan Bersama BN Nikmati Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menggunakan pendekatan berbeza dalam melahirkan tanda ingatan dan penghargaan kepada masyarakat khususnya para penduduk yang sentiasa member sokongan kepada Barisan Nasional (BN) iaitu dengan meraikan majlis hari lahir mereka.

Bertempat di rumah beliau, Datuk Seri Utama Tengku Adnan telah menyampaikan hadiah hari lahir dan jamuan kepada para penduduk tempatan yang melibatkan warga Presint 10 pada 3 April 2013 (Rabu).

Harapan beliau agar masayarakat Putrajaya akan terus dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan serta terus teguh member sokongan kepada parti yang bertanggungjawab memajukan Malaysia iaitu, BN.