Berita

Tekadkan Sokongan Undi BN Demi Kemajuan Berterusan Kepada Rakyat

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberikan dan terus memberikan sokongan kepada BN bagi mendapat mandate berkerajaan agar pelbagai perancangan yang telah digariskan untuk rakyat dapat dilaksanakan.

Beliau berkata demikian dalam Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) peringkat Putrajaya yang diadakan di Dewan Komuniti Presint 6, pada 11 April 2013 (Khamis).

Melalui program tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi membantu kira-kira 500,000 penerima bantuan kebajikan masyarakat untuk membantu kumpulan sasar yang melibatkan warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan.