Isu Semasa

UMNO 67 Tahun : Dulu, Kini dan Selamanya Tetap Bersama Rakyat

umnopembelarakyat
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah melabuhkan tirainya. Keputusannya telah pun diketahui dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat kepercayaan rakyat dengan menjadi teraju kerajaan Persekutuan.

Menerusi PRU-13 ini, UMNO memenangi kerusi terbanyak yang menjadi teras kepada pembentukan kerajaan bersama dengan anggota BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan dan parti-parti kompenan yang lain.

Walaupun, hakikatnya, kerusi BN di Parlimen menyusut tetapi kekuatan UMNO tidak pudar sebaliknya terus teguh dengan memantapkan bilangan kerusi yang dimenangi kepada 88 berbanding PRU-12 yang mendapat 79 kerusi. Lebih manis apabila UMNO bersama BN berjaya mengembalikan Kedah dan Perak serta mengekalkan negeri-negeri lain bersama BN.

Apa yang pasti, keputusan tersebut menjadi bukti bahawa UMNO terus unggul dalam membawa aspirasi rakyat khususnya bangsa Melayu. Setelah 67 tahun iaitu bermula 11 Mei 1946, UMNO telah menjadi pelopor dalam perjuangan bangsa Melayu, merintis laluan, membawa harapan dan menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya dengan berteraskan sokongan dari masyarakat di akar umbi.

UMNO mempunyai hala tuju yang jelas iaitu berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Amanah dan tanggungjawab terpikul dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara setelah ia dicapai pada 31 Ogos 1957.

Selaras dengan itu, Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan menjadi tunjang yang sentiasa dipertahan daripada dicemari.

Sebagai tampuk kerajaan juga, perjuangan UMNO turut bersendikan usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain terus menghormati prinsip kebangsaan beragama yang menjadi pegangan setiap masa.

Rekod UMNO sebagai pentadbir kerajaan, penegak perpaduan dan pembangun Islam telah terbukti sehinggakan pembangunan dan kemajuan negara dimanifestasikan bersama dengan perkembangan tahap celik huruf dan meningkatkan kemajuan modal insal di kalangan masyarakat.

Biarpun ada yang iri hati dengan kejayaan dan kecemerlangan BN yang ditunjangi UMNO sehinggakan wujud sekumpulan individu yang sanggup mengkhinati negara sendiri namun ia tidak pernah berjaya.

Biarpun ada yang iri hati dengan kejayaan dan kecemerlangan BN yang ditunjangi UMNO sehinggakan wujud sekumpulan individu yang sanggup mengkhinati negara sendiri namun ia tidak pernah berjaya.

Sebagai parti yang bertunjangkan akar umbi di serata pelusuk negara maka keupayaan UMNO dalam melaksanakan tanggungjawab dilakukan secara muafakat. Tohmahan, hasutan, manipulasi dan apa jua provokasi yang dilontarkan oleh pihak pembangkang akan memperteguh lagi kesatuan dalam UMNO.

UMNO turut menerajui transformasi sebagaimana yang dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan inisiatif Pindaan Perlembagaan UMNO agar pendemokrasian parti yang lebih inklusif dirasai serta memastikan ia tetap relevan sepanjang zaman.

Antara perubahan paling ketara adalah jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang diluaskan dari 2010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang termasuklah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sendiri boleh ditandingi.

Ini dibuat dengan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding.

Sebagaimana usia UMNO yang menghampiri tujuh dasawarsa, setiap generasi tentunya mempunyai penghayatan kepada cogan katanya iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi azimat sepanjang masa dan mengekalkan parti ini sejak dulu, kini dan selamanya.

Pentingan rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO bersatu, apatah lagi dalam kehidupan bermasyarakat yang akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah sama ada dari luar atau dari dalam malah bangsa dan negara bertambah kuat dalam pengaplikasiannya.

Keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada parti atau kepercayaan yang tulen untuk pastikan bahawa parti ini akan mencapai kemenangan dalam apa jua cabaran adalah nilai kesetiaan yang tidak boleh dipertikaikan. Manakala untuk berkhidmat, ia adalah nilai terpenting dengan memahami jati diri bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air tercinta yang akan membawa hasil cukup besar kepada Malaysia tercinta ini.

Sesungguhnya, hanya UMNO yang menjadi teras orang Melayu, menjadi pemangkin kepada sebuah perjuangan bangsa, memastikan Malaysia terus berdaulat dan mempertahankan Islam daripada dicemari oleh insan tidak bertanggungjawab.

Justeru, mandat baru daripada rakyat menjadi membawa makna yang amat besar sebagaimana UMNO perlu terus kekal dan menjadi teraju Malaysia. Dulu, kini, selamnya. Selamat Ulang Tahun UMNO ke-67.- MediaUMNO