Berita

Nur Ramadan Imarahkan Surau dan Masjid Sekitar Putrajaya

PUTRAJAYA – Mengambil keberkatan menjelang bulan Ramadan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen tempatan telah memberikan sumbangan dalam program ‘Nur Ramadhan’.

Majlis sumbangan tersebut telah berlansung di Dewan Presint 16 pada 4 Julai 2013 dengan sumbangan diberikan kepada masjid-masjid, surau-surau dan surau-surau Jumaat di sekitar Putrajaya membabitkan bagi mengimarahkan tempat-tempat terbabit sepanjang bulan Ramadan.

Dalam majlis tersebut juga sambutan ulang tahun turut diadakan membabitkan anggota parti yang disambut beramai-ramai.

Diharap sumbangan tersebut akan dapat sama-sama meminumkan kesulitan dan memartabatkan agama Islam dengan kedaulatan bangsa dan negara.