Aktiviti & KomunitiRencana

Majlis Tadarus Cawangan Bunga Jasmine

Bertempat di Bilik Gerakan Metropolitan, Presint 9, Putrajaya, anggota cawangan UMNO Bunga Jasmine telah menganjurkan majlis tadarus dan qatam Al-Quran pada 4 Ogos 2013 (Ahad). Majlis yang dilaksanakan bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan mengambil keberkatan bulan mulia.

Dengan kerjasama erat dan sifat saling bantu membantu, program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan dari penduduk setempat.