Berita

Majlis Berbuka Puasa Bersama TPM

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Al Imam As-Syafie Taman Maluri, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengingatkan masyarakat untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dilimpahi-Nya serta meningkatkan ibadah bersempena bulan Ramadan.