Berita

‘Program Jom Balik Raya’ Minta Rakyat Utamakan Keselamatan

PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru warga Putrajaya agar mengutamakan keselamatan khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya berpesan kepada mana-mana individu yang mahu memulakan pemanduan untuk pulang ke kampung halaman agar memastikan rumah berkunci rapi dan ciri-ciri keselamatan diutamakan selain memaklumkan kepada jiran dan anggota keselamatan lantas memulakan perjalanan dengan pemanduan berhemah dan selamat.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Jom Balik Raya’ yang berlangsung di Stesen Petronas, Presint 9A dan Presint 9D Putrajaya pada 5 Ogos 2013 (Isnin).