Berita

Takziah Kepada Keluarga Puan Sarah

PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya terserlah dengan sentiasa bersama-sama menghadapi kesusahan dan kesedihan anggotanya termasuklah berkongsi kedukaan bersama ahli keluarga Puan Sarah yang kematian suami menjelang Syawal lalu.

Sumbangan kewangan telah disampaikan kepada beliau oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Hj. Roslan Abu Hanif bersama SUK Bahagiannya, Haji Baharudin bagi membantu meringankan beban beliau bersama dua oaring anaknya.

Sumbangan beliau telah disampaikan pada 12 Ogos lalu di rumahnya di Presint 9 Jln P9B-10, semalam. Semoga keluarga Puan Sarah terus tabah berdepan dugaan dan allahyarham suaminya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di sisi-Nya. Al-Fatihah.