Aktiviti & KomunitiBerita

Taklimat Mesyuarat Cawangan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab parti iaitu mengadakan mesyuarat peringkat cawangan dibuat dengan majlis taklimat yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian terbabit pada 16 Ogos 2013 (Jumaat).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad ini telah memperincikan pelbagai maklumat yang boleh diaplikasi bagi memastikan mesyuarat setiap cawangan di bahagian terbabit berlangsung dengan jayanya.