Berita

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Kasturi

PUTRAJAYA – UMNO Cawangan Kasturi telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 18 Ogos 2013 (Ahad) di P9B, Presint 9 yang berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk tempatan dan orang ramai. Turut hadir bersama-sama dalam majlis tersebut ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen dan Menteri Wilayah Persekutuan.