Berita

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Siantan

PUTRAJAYA – Kemeriahan Syawal terus dirasai dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh UMNO Cawangan Siantan pada 18 Ogos 2013 (Ahad) di Dewan Orang Ramai di sini. Turut bersama ialah Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.