Rencana

Selamat Pengantin Baru

PUTRAJAYA – Majlis perkahwinan anak perempuan kepada pengundi tempatan iaitu En. Khir Johari telah berlangsung meriah dengan turut dihadiri oleh pemimpin tempatan selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Masyarakat, Presint 16 pada 17 Ogos 2013 (Sabtu).