Aktiviti & Komuniti

Ambang Merdeka di Putrajaya

PUTRAJAYA – Pertunjukan bunga api sempena ambang kemerdekaan diadakan ddengan Perbadanan Putrajaya menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengunjung. Antaranya ialah kawasan letak kenderaan di Dataran Putra, Laman 1Malaysia, Menara Putrajaya Holding Bhd (PJH), tempat letak kenderaan awam Istana Kehakiman (POJ), Masjid Sultan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan kawasan lapang Jalan Perpaduan.

Begitu juga tempat letak kenderaan awam Jabatan Perdana Menteri (JPM), Lingkaran Gemilang 2, Taman Ampangan, Kompleks Sukan Air dan Putrajaya Sentral.

Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas perantara secara percuma dari Putrajaya Sentral ke Dataran Gemilang dan Dataran Putra ke Dataran Gemilang.

PERKHIDMATAN ‘SHUTTLE BUS’ UNTUK SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DAN PERTANDINGAN BUNGA API

Sila ambil maklum perkhidmatan ‘shuttle bus’ akan disediakan bermula jam 5 petang sehingga 10 malam seperti berikut;

1. dari Kementerian Wilayah Persekutuan P2 ke Kementerian Komunikasi P4 setiap setengah jam

2. dari Putrajaya Sentral ke Kementerian Komunikasi P4 setiap setengah jam

Untuk balik pula dari 12 malam sehingga jam 1.30 pagi. Persiaran Perdana tidak akan ditutup sehingga dimaklumkan.