Berita

Matahari Tekad Perkukuh UMNO, Daulatkan Agama, Bangsa & Negara

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ketua UMNO Cawangan Matahari meminta anggota parti untuk terus memperkuat azam bagi memperkukuh UMNO dengan menyelami asas dan perjuangan parti khususnya menjelang kemerdekaan negara, 31 Ogos ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian dalam perasmian Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Matahari yang berlangsung di Pusat Maritim Putrajaya pada 29 Ogos 2013 (Khamis).