Berita

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Cempaka

PUTRAJAYA – Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Bunga Cempaka telah diadakan di Rumah Komuniti Presint 14, pada 28 Ogos 2013 (Rabu) dengan majlis perasmiannya dilaksanakan oleh Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Khairudin Samad yang mewakili Ketua UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Turut diadakan serentak adalah Majlis Jamuan Aidilfitri untuk cawangan terbabit. Semoga dengan berlangsungnya mesyuarat tersebut, ikatan ukhwah bagi terus memperkukuh UMNO dapat direalisasikan.