Berita

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Lavender

PUTRAJAYA – Anggota UMNO digesa untuk memperkukuh parti yang bermula dari peringkat akar umbi iaitu dengan menyelami asas dan tujuan penubuhannya, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Lavender yang bertempat di Dewan Dapur Mas, Presint 9 pada 28 Ogos 2013 (Rabu).