Rencana

Kanak-kanak dan Golongan Kurang Berkemampuan Dapat Perhatian

PUTRAJAYA – Seramai 2,000 golongan kurang berkemampuan dan golongan kurang upaya dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diraikan dalam majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang berlangsung di Laman 1Malaysia, Presint 2 pada 6 Sept 2013 (Jumaat).

Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Aggriani Sentiyaki turut meraikan kanak-kanak yang turut bertandang memeriahkan majlis tersebut dan beliau turut memberikan duit raya kepada sekitar 4,000 kanak-kanak yang hadir.