Ucapan

Terima Kasih Ceriakan Rumah Terbuka, Teruskan Sokong BN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berlangsung lancar dan rakyat sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dalam melaksanakan agenda bersama untuk perpaduan.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha memastikan usaha yang terbaik diberikan kepada rakyat keseluruhan malah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri telah mengakui dan memohon maaf kepada rakyat sekiranya terdapat kesalahan yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Inilah bukti pemimpin sebenar yang memikul tanggungjawab dan berani meletakkan diri atas apa jua kesalahan malah merendahkan dirinya tanpa perasaan angkuh dan bangga diri.

Sewajarnya kita perlu terus memastikan keteguhan Barisan Nasional dalam memastikan aspirasi rakyat selama ini dan sambutan rumah terbuka yang dilaksanakan adalah antara usaha kea rah perpaduan dan jalinan akrab dalam masyarakat terus disemai.

Bagi kerajaan Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula, usaha ke arah masalah trafik dan keselamatan masyarakat menjadi keutamaan kepada rakyat. Teruskanlah sokongan anda bersama Barisan Nasional.