Berita

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Jenjarum

PUTRAJAYA – Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Jenjarum telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Blok 2D, Presint 9 dengan anggotanya sepakat untuk meneruskan agenda perjuangan parti dalam memastikan UMNO kekal sebagai teraju kepimpinan dan memperteguh parti demi agama, bangsa dan negara.