Berita

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Bunga Raya

PUTRAJAYA – Mesyuarat Agung Cawangan Bunga Raya telah berlangsung dengan jayanya pada 9 September 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Bayu Kelab Tasik Presint 8 dengan kehadiran ahli-ahli cawangan terbabit. Kesungguhan anggota akar umbi termasuk cawangan Bunga Raya untuk memastikan kesinambungan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara diterjemah dengan sokongan padu yang berterusan.