Berita

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Bunga Daisy

PUTRAJAYA – Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Bunga Daisy telah diadakan pada 10 September 2013 (Selasa) bertempat di Dewan Blok C, Fasa 1, Presint 9 dengan kehadiran anggota cawangan terbabit yang sentiasa menyemat tekad untuk memastikan kesinambungan perjuangan UMNO teruk marak dan dihayati. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.