Berita

Persidangan UMNO Cawangan Bunga Bourgenvilla 2013

PUTRAJAYA – Keteguhan UMNO sebagai sebuah parti yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi agama Islam, tanah air tercinta dan bangsa Melayu terus terpatri dalam anggota UMNO Cawangan Bunga Bourgenvilla. Tekad tersebut diperkukuh dalam Persidangan UMNO Cawangan Bunga Bourgenvilla yang diadakan di Rumah Komuniti, Blok E, Presint 14 pada 14 September 2013.