Ucapan

Selamat Hari Malaysia Ke-50

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Uniknya Malaysia, merdeka dengan semangat perjuangan tanpa pertumpahan darah dan kemudian bersatu membentuk sebuah Negara bangsa dengan perkongsian kuasa bersama-sama kaum lain. Indahnya kesatuan dalam kepelbagaian yang tentunya perlu terus dilestarikan atas semangat kebersamaan, perpaduan dan permuafakatan menjadi teras utama dalam memastikan kesejahteraan terus mekar.

Sebagai warga Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk sentiasa memelihara dan memberi sokongan kepada kerajaan yang selama ini sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat iaitu kerajaan Barisan Nasional. Demi sebuah Negara yang telah melakar kemajuan dan mencapai kegemilangan dipersada antarabangsa, ‘Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku’.