Berita

Hari Malaysia Bersama Ustaz Kazim

PUTRAJAYA – Jati diri dan semangat patriotik perlu diterapkan dengan memahami konsep sebenar dalam kesejahteraan, keamanan dan pembentukan Malaysia sebagaimana yang ada hari ini. Lantaran itu, bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia ke-50, Karnival MPKB Putrajaya telah menganjurkan ceramah bersama Ustaz Kazim Elias berkaitan perkara terbabit.

Ceramah yang mendapat sambutan dari masyarakat tempatan dan para pengunjung Putrajaya tersebut telah diadakan di Padang Pusat Kejiranan Presint 9 Putrajaya pada 17 Sept. 2013 (Selasa).