Ucapan

Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Perwakilan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, mesyuarat UMNO Cawangan Putrajaya berlangsung dengan lancar dan setiap anggota parti memahami peranan masing-masing dengan aspirasi mantap untuk terus memperteguh parti. Kejayaan pelaksanaan mesyuarat cawangan adalah satu lagi manifestasi permuafakatan dan kelangsungan demokrasi sebenar dalam UMNO.

Lantaran itu, untuk julung kalinya, UMNO akan merealisasikan pemilihan parti dengan menggunapakai Perlembagaan yang baru. Oleh itu, selaku ahli UMNO dan juga para perwakilan yang terpilih untuk menjayakan persidangan di peringkat bahagian maka laksanakanlah amanah yang terpikul, buatlah pilihan yang terbaik dengan apa jua keputusan adalah atas kepentingan rakyat keseluruhan.

Tarikh 21 September adalah tarikh untuk pendaftaran calon bagi mana-mana anggota parti yang mahu menawarkan diri sebagai calon sama ada untuk bertanding di peringkat bahagian atau Pusat. Lantaran itu, saya menyarankan agar semua ahli parti dapat menyelami dan menghayati matlamat perjuangan UMNO iaitu demi agama, bangsa dan negara.

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR