Berita

Pendaftaran Calon UMNO Bahagian Putrajaya

PUTRAJAYA – Pendaftaran calon jawatankuasa UMNO bahagian dan sayap pergerakan peringkat Wilayah Persekutuan 2013 telah berlangsung lancar dengan ahli-ahli UMNO yang menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Bahagian Putrajaya turut menghantar borang pencalonan masing-masing di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 21 September 2013 (Sabtu). Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tanpa ada sebarang pertandingan.