Aktiviti & Komuniti

Sukaneka Tabika Perpaduan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2013

PUTRAJAYA – Bertempat di Padang SMK Presint 16 (1), Putrajaya, Aukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2013 telah diadakan pada 22 September 2013 (Ahad) dengan penglibatan kanak-kanak tempatan yang tampak ceria, cedas dan sihat. Sukaneka tersebut telah dirasmikan oleh isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggriani Sentiyaki.