Rencana

Walimatul Urus Pengundi Putrajaya

PUTRAJAYA – Kesibukan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan tidak menghalang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya untuk meluangkan masa dalam meraikan majlis perkahwinan anak kepada pengundi tempatan yang berlangsung di Presint 16 pada 13 Oktober 2013 (Ahad).

Turut menemani beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggriani Sentiyaki. Semoga dengan jalinan ikatan perkahwinan ini, pasangan mempelai akan dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

DSCN6782

DSCN6787