Berita

Selamat Bersidang, UMNO: Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon Majlis Tertinggi dan UMNO bahagian yang bertanding hari ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan telah menunaikan amanah parti dengan turut memilih bagi jawatan AJK bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO.
Datuk Seri Tengku Adnan mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tanpa pertandingan.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi serta wakil bahagian Umno bermula serentak di 191 bahagian pada 8 pagi ini. Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti berbanding 2,500 perwakilan sebelum ini.

IMG-20131019-WA0014

IMG-20131019-WA0016

IMG-20131019-WA0017