Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Beramai-ramai Parlimen Putrajaya
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghargai para pengundi dan warga Putrajaya dengan cara meraikan sambutan hari kelahiran mereka dalam satu majlis sederhana dan meriah secara beramai-ramai. Terbaru, majlis ulang tahun kelahiran telah diadakan pada 23 Oktober 2013 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Wilayah Persekutuan.
Secara simbolik acara kemuncak majlis tersebut ialah upacara memotong pulut kuning dengan kemudiannya Datuk Seri Tengku Adnan menyuapkan sendiri pulut kuning kepada mereka yang diraikan. Turut menyampaikan hadiah ulang tahun kelaihran ialah isteri beliau, Datin Seri Anggriani Sentiyaki. Semoga dengan berlangsungnya majlis tersebut, warga Putrajaya terus dirahmati dengan kesejahteraan dan kelestarian berkekalan di bawah teraju Barisan Nasional.
You must be logged in to post a comment.