Aktiviti & Komuniti

Majlis Graduasi & Aspirasi Taska

PUTRAJAYA – Menyedari bahawa kecemerlangan anak-anak bermula dari peringkat awal maka pengaplikasian dalam meningkatkan kreativiti dan inovasi generasi muda bermula seawal pendidikan pertama mereka di taman asuhan kanak-kanak lagi. Atas usaha tersebut, Majlis Graduasi dan Aspirasi Taska diadakan sebagai penghargaan kepada generasi kecil yang bakal mewarisi kepimpinan masa hadapan. Majlis yang berlangsung meriah ini telah dirasmikan oleh isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggriani Sentiyaki pada 9 November 2013. Semoga dengan pendedahan tersebut, anak-anak ini akan lebih cemerlang dan mampu menjadi teraju kepada masa hadapan yang lebih baik untuk agama, bangsa dan negara.

graduasi1

graduasi2