Rencana

Majlis Perkahwinan Hairil Azree dan Isyane Syamimi

PUTRAJAYA – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan sentiasa mencari ruang untuk bersama-sama warga tempatan termasuklah memeriahkan majlis perkahwinan sebagaimana kehadirannya dalam hari bersejarah pasangan Hairil Azree dan Isyane Syamimi. Majlis yang berlangsung di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16 tersebut diadakan pada 24 November 2013. Semoga pasangan terbabit dikurniakan kesejahteraan dan dirahmati-Nya hingga ke akhir hayat.